Thursday, October 22, 2009

impian seorang anak sarawak....

Cerita tentang seorang budak sarawak untuk merealisasikan impiannya…

Apa itu impian? Impian itu bermakna cita-cita. Apa itu cita-cita? Cita-cita membawa maksud sesuatu yang anda ingin menjadi pada masa depan. Nama saya Anthony Ngui, seorang budak yang berumur 22 tahun dan berasal dari Sarawak. Saya amat percaya bahawa setiap orang mempunyai cita-cita tersendiri, termasuklah saya, impianku ialah menjadi seorang pramugara….

Berbeza dengan yang lain, pada umur belasan tahun, saya langsung tidak mempunyai cita-cita. Yang saya tahui ialah saya harus rajin belajar, cuba sedaya upaya untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dan barulah saya layak mempunyai cita-cita. Selepas SPM, saya berniat untuk melanjutkan pelajaran ke luar Negara. Pada masa itu, saya telah mengumpul segala-gala maklumat yang berkaitan dengan kursus farmasi. Minat saya ialah dalam bidang biologi tetapi saya tidak ingin belajar bioteknologi. Setelah berbincang dengan ibu bapa, mereka amat menyokong saya. Saya membuat keputusan untuk belajar di Kuala Lumpur selama 2 tahun dan 4 tahun di U.K(Sunderland). Saya telah mengira kosnya dan jumlahnya adalah sebanyak RM400,000. Saya tidak boleh dikatakan dilahir dalam keluarga yang berada tetapi bukan dalam keluarga yang miskin. Jadi, bapa saya pun amat kagum dengan saya yang mempunyai cita-cita yang begitu besar.

Segala-galanya seperti berlaku dengan terancang dan sempurna tetapi nasib malang saya telah muncul pada saat genting ini. Bapa yang saya sayangi telah meninggal dunia dalam satu kemalangan akibat kejutan elektrik. Saya langsung tidak boleh menerima kenyataan ini kerana semuanya berlaku dalam sekelip mata. Bapa, sila maafkanku yang merupakan anak derhaka. Saya masih ingat semasa saya masih belajar peralihan(transition atau lebih dikenali sebagai “remove” di semenanjung), saya telah bergaduh dengan ayahku. Disebabkan pergaduhan itu, saya tidak memanggil bapaku sebagai “bapa” selama 3 tahun. Hubungan antara saya dengan bapa saya telah musnah dan hancur. Selepas 3 tahun, barulah saya berkomunikasi dengan bapaku. Selama ini, bapa saya tidak pernah menolak permintaan saya seperti menghadiahi saya sebuah telefon bimbit yang bernilai RM1500 pada hari jadi ke-18 saya, menghadiahi saya sebuah kamera yang beribu-ribu ringgit dan sebagainya. Saya mengaku bahawa saya merupakan seorang anak manja tetapi saya merupakan seorang anak yang sangat sayang dan pentingkan keluarga. Sejak kecil-kecil lagi, saya berharap satu hari nanti, saya berpeluang menyara ibu bapa dan membawa mereka melancong ke banyak negara. Hasrat saya tidak akan tercapai kerana bapa saya telah meninggalkan saya dan yang tinggal hanya ibu seorang. Disebabkan bapa meninggalkan secara tiba-tiba, saya menjadi jenis yang sensitif dan lebih mementingkan keluarga. Saya takut tentang mak saya akan meninggalkan saya secara tiba-tiba juga. Apa yang saya boleh buat sekarang ialah doakan mak saya panjangkan umur dan banyakkan rezeki saya supaya berpeluang menyara mak semasa dia masih berada.
Segala-galanya telah musnah sejak kematian bapa. Disebabkan bapa tidak meninggalkan apa-apa pesanan, harta bapa susah dibahagikan. Abang saya yang bersifat tamak haloba telah meminta mak saya untuk membahagikan 1/3 harta bapa kepadanya kerana dia berasa mak merupakan seorang yang pilih kasihan. Abang saya berasa sekiranya dia tidak berbuat demikian, mak akan memberikan semua harta bapa kepada saya dan kakak saya. Saya masih ingat pada masa itu, mak sudah cukup sedih kerana kehilangan suami tetapi lebih teruk lagi ialah kemunculan abang yang ingin merampas harta. Mengapa? Mengapa keluargaku rentak pada sekelip mata?

Tidak lama kemudian, keputusan SPM saya telah dikeluarkan dan keputusan saya bukan seperti yang dijangkakan. Saya membuat keputusan untuk membatalkan niat saya yang ingin sambung pelajaran ke luar negara dan terus belajar tingkatan enam. Saya tidak ingin menggunakan terlalu banyak harta bapa saya kerana mak saya merupakan seorang suri rumah. Walaupun harta bapa melebihi RM1000,000 tetapi sekiranya saya belajar di luar negara, pastilah separuh daripada harta tersebut akan saya habis gunakan. Pada masa tersebut, saya tidak mempunyai apa-apa maklamat. Yang saya tahui ialah saya mesti rajin belajar dan memohon untuk menjadi seorang cikgu selepas tingkatan enam. Mak saya selalu meminta saya menjadi seorang cikgu tetapi saya tidak begitu berminat. Tidak tahu atas apa sebabnya, setelah habis belajar tingkatan enam, tiba-tiba saya sangat berminat untuk menjadi cikgu. Mungkin disebabkan cikgu sekolah menengah saya. Dia mengubah nasib saya kerana pada tingkatan lima, saya merupakan seorang pelajar dari aliran sains tetapi semasa tingkatan enam, saya telah menukar kepada aliran sastera. Sekolah saya merupakan sekolah yang terkenal di Sarawak atas sebab pencapaian akademik yang cemerlang. Semasa saya tukar kepada aliran sastera, banyak pelajar menghina saya. Mereka menggunakan pandangan sinis untuk memandang saya dan mengatakan saya bodoh kerana tidak dapat sambung pelajaran saya di aliran sains. Saya sangat sedih dan pada masa itu, saya telah rajin belajar untuk mengalahkan semua pelajaran yang lain. Pada masa tersebut, cikgu tingkatan saya telah banyak membantu saya dalam pelajaran dan dengan usahanya, saya menjadi pelajar terbaik di sekolah saya. Oleh sebab ini, saya mula perasan betapa pentingnya peranan seorang cikgu untuk mengubah nasib pelajar dan saya amat minat untuk menjadi seorang cikgu. Mungkin disebabkan saya telah disumpah atau saya memang tidak bertuah, saya gagal mendapat kursus pendidikan dan hal ini telah mengecewakan mak saya. Mak, saya tahu tentang anda menaruhkan harapan yang tinggi ke atas saya dan saya telah cuba buat yang terbaik. Saya tidak ingin menghampakan mak tetapi semuanya bukan yang saya boleh kawalkan. Saya mendapat pilihan terakhir dan masuk ke USM.

Secara jujur, saya memang cukup sedih. Saya tidak ingin belajar kursus yang ditawarkan kepada saya, iaitu Sains Kemasyarakatan. Tapi, apa yang boleh saya buat? Saya cuba pergi ke pusat pengajian ilmu pendidikan tetapi telah dihina dan dihalau keluar. Kerani yang bekerja di sana langsung tidak bermoral dan boleh dikatakan kurang ajar. Akhirnya, saya berkenalan dengan beberapa kawan yang juga ingin menjadi cikgu. Mereka memberitahu saya bahawa saya boleh memohon untuk belajar di UPSI yang terletak di Tanjung Malim. Saya dan rakan-rakan saya sekali telah memohon bersama-sama dan kami berjanji akan menuju kepada impian kami bersama-sama. Akhirnya, hanya saya seorang yang gagal dan yang lain telah berjaya belajar di UPSI. Tuhan, sekiranya anda betul-betul wujud dalam dunia ini, mengapa anda sering mempermainkan saya? Saya bukan jenis yang senang putus asa dan saya telah cuba sekali lagi untuk memohon belajar di UPSI. Malangnya, saya masih gagal pada peringkat temu duga.
Semasa sem ketiga berada di USM, saya terbaca suratkhabar tentang iklan yang berkaitan dengan pramugara. Pada masa itu, saya amat yakin tentang saya boleh mendapat pekerjaan ini. Dengan ketinggian saya yang lebih daripada mencukupi dan penampilan yang sederhana baik, pasti saya akan Berjaya. Mungkin anda boleh mengatakan saya merupakan seorang yang sering menukar cita-cita tetapi apa yang saya boleh buat? Saya telah cuba dan bukannya sekali sahaja. Yang saya tahu ialah saya mesti tinggalkan USM(tempat yang sedih) dan berani mengejar impian saya. Mengapa saya mengata USM ialah tempat yang sedih? Hal ini kerana saya terpaksa belajar di sini dan belajar sesuatu yang saya langsung tidak berminat. Dulu, saya beritahu diri sendiri, asalkan boleh masuk universiti, pastilah saya akan rajin belajar tetapi semuanya bukan seperti yang dijangkakan. Sekiranya anda tidak minat dengan kursus anda, anda akan berasa cukup tertekan dan tekanan hidup saya cukup membuat saya gila. Untuk membebaskan tekanan, saya selalu “lari” ke KL dan membazirkan beribu-ribu duit untuk membeli belah.

Setelah berbincang dengan mak, saya membuat keputusan untuk belajar di KL tentang pengetahuan asas untuk menjadi seorang pramugara. Di sana, boleh dikatakan merupakan masa yang paling gembira dalam hidup saya. Saya dengan beberapa kawan yang bercita-cita untuk menjadi pramagara telah belajar banyak ilmu pengetahuan berkaitan dengan pramugara. Kami berjanji antara satu sama lain untuk mengejar impian bersama-sama dan ingin merealisasikannya. Semasa belajar di KL, banyak kawan saya di USM dan rakan-rakan lain berasa saya amat bodoh kerana sanggup mengorbankan degree saya untuk menjadi seorang pramugara. Walau bagaimanapun, ini merupakan impian saya dan saya betul-betul berminat. Walaupun mahu saya korbankan apa-apa saja, saya pun sanggup. Mungkin saya betul-betul disumpah atau rezeki saya memang belum sampai, saya gagal dalam interview Air Asia. Saya berjaya masuk ke peringkat terakhir tetapi tidak tahu atas sebab apa, saya tidak dipilih oleh mereka. Kawan baik saya semua telah Berjaya dan meninggalkan saya. Kini, kawean baik saya telah berkhimat dalam Air Asia. Bukan sekali saja saya cuba untuk menghadiri temu duga untuk menjadi pramugara tetapi saya masih gagal. Saya telah cuba sebanyak 3 kali tetapi setiap kali masuk ke peringkat akhir, saya tidak mendapat apa-apa balasan daripada Air Asia.
Kini, saya merupakan pelajar tahun akhir USM dan tidak lama lagi saya akan dapat degree saya. Adakah saya masih sanggup menghadiri temu duga pramugara? Mak saya mula membantah saya kerana pada pendapatnya, lebih baik saya habiskan pelajaran saya terlebih dahulu sebelum pergi temu duga. Mak, saya memang mengalami tekanan yang besar semasa berada di USM dan saya langsung tidak minat untuk meneruskan pelajaran. Sekiranya boleh, saya sanggup meninggalkan USM walaupun saya hampir habis belajar. Saya tahu tentang kamu menaruh harapan yang tinggi kepada saya kerana antara 3 adik-beradik, saya seorang saja yang berjaya masuk universiti dan saya tahu anda amat kagum dengan pencapaian saya. Tapi, mak, saya sangat sedih dan mengalami tekanan yang besar. Adakah anda cuba berfikir dari pihak saya? Disebabkan mahu menggembiraka anda, adakah saya mesti habiskan degree saya? Impian saya ialah menjadi seorang pramugara lah…. Kini, anda minta saya untuk menyambungkan pelajaran sehingga master degree, andakah anda faham perasaan saya?

Sekarang, saya dalam perjalanan balik ke Sarawak. Semasa saya menaik penerbangan dari penang ke KL tadi, saya terjumpa kawan baik saya dalam kapal terbang. Dia merupakan kawan baik saya semasa belajar kursus pramugara dan kini dia telah memakai uniform pramugara. Saya amat gembira boleh berjumpa dengan dia dan kami telah bersembang dalam kapal terbang. Disebabkan dia perlu bertugas, kami tidak mempunyai masa yang panjang untuk berbual tetapi dia memberitahu saya tentang penerbangan tersebut merupakan penerbangan terakhirnya pada hari ini dan kami telah berjanji akan bertemu di Coffee Bean semasa tiba di KL. Saya mengambil peluang ini untuk bergambar dengannya dan kami telah banyak bersembang dengan kehidupan masing-masing. Dia menggalakkan saya untuk terus berusaha menjadi seorang pramugara dan harap satu hari nanti, kami boleh bertugas bersama-sama. Saya memang tidak akan putus asa tetapi saya hanya mempunyai masa yang sangat sikit untuk mengejar impian saya. Hal ini disebabkan saya hanya tinggal satu sem untuk mendapat degree saya dan sebelum saya menghabiskan pelajaran saya, saya tidak akan menghadiri apa-apa temu duga. Pada bulan Mei tahun depan, saya akan tinggal di KL sehingga saya balik ke USM untuk menghadiri konvokesyen saya pada bulan ogos. Dalam 3 bulan itu, saya akan menghadiri semua temu duga pramugara dan haraplah saya akan berjaya. Sekiranya saya gagal lagi, saya akan balik ke Sarawak atau terus menjadi cikgu tuisyen di Penang atau KL. Saya telah bosan menjadi cikgu tuisyen selama 3 tahun di USM dan saya betul-betul berharap satu hari nanti, saya akan berjaya bertugas di bawah mana-mana syarikat penerbangan untuk bekerja sebagai seorang pramugara.

Mungkin anda akan berasa adakah berbaloi bagi seorang “degree holder” untuk menjadi pramugara? Pada pendapat saya, asalkan itu impian saya, segala-galanya adalah berbaloi. Doakanlah supaya satu hari nanti, saya boleh menjadi pramugara mana-mana syarikat penerbangan dan mengkongsikan kehidupan saya sebagai seorang “Flight Attendant”….